Wednesday, 20 May 2015

Kontrol



“Arisha! Arisha!” Taufiq berkata di dalam tidurnya. Serentak itu, Taufiq terus tersentak dari tidurnya. Matanya terbuka luas.
Sekali lagi. Dia mimpikan adiknya, Arisha. Rindunya tidak dapat dihalang lagi. Taufiq tersedu dalam tangis.
“Arisha! Mana Arisha pergi?” Taufiq berbisik.
------------ ♥♥♥♥♥♥♥ -------------
“Abang!” Arisha berteriak. Arisha berlari ke arah abangnya. Tubuh kurus kering abangnya dipeluk kuat dari belakang.
“Isha rindu abang!” Arisha yang membahasakan dirinya sebagai ‘Isha’ itu berkata.
“Kenapa?” Taufiq berpusing menghadap Arisha seusai sahaja Arisha melepaskan pelukannya. Suara taufiq lembut sahaja. Pipi Arisha dicubit perlahan. Arisha pula hanya tersenyum manja.
------------ ♥♥♥♥♥♥♥♥  --------------
“Rindunya abang pada Arisha. Abang rindu pada senyuman Arisha,” Taufiq berkata. Taufiq hanya memandang cermin di dalam tandas awam itu dengan perasaan yang kosong. Bagi Taufiq, biarlah dia merempat di mana pun, asalkan ada Arisha di sisinya itu sudah mencukupi.. Hanya Arisha sahajalah yang dia perlukan sebagai pelengkap hidupnya.
Seusai Taufiq menyelesaikan urusannya di dalam tandas awam tersebut, dia pun keluar. Kini tujuannya adalah untuk menuju ke arah tempat persembunyian dia dan Arisha pada waktu dahulu.
Lorong itu. Lorong yang membawa makna besar buat mereka berdua. Lorong yang menyimpan seribu satu memori mereka.....
------------  ♥♥♥♥♥♥  --------------
Arisah daN Taufiq berjalan beriringan merentasi malam yang yang sunyi. Misi mereka adalah untuk mencari tempat berteduh yang boleh diduduki. Biarlah ia tidak selesa manapun asalkan namanya tempat berteduh. 
Mereka baru sahaja kehilangan tempat tinggal sebaik sahaja bapa mereka berdua meninggal dunia. Ibu mereka pula baru sahaja meninggalkan mereka semalam sendirian. Alasan ibunya kerana lelaki yang mengambil ibu bekerja itu tidak mahu pekerja yang mempunyai anak. Ibu dikaburi harta dunia. Lelaki kaya itu mahu mengahwini ibu. Taufiq terdengar perbualan antara ibu dan ‘majikan’ ibunya itu. Tetapi rahsia itu Taufiq pendam. Dia tidak mahu adiknya menuduh ibunya tidak menyayangi mereka lagi walaupun itulah perkara yangbenar. Ibu merekalangsung meninggalkan mereka tanpa sebarang tempat bergantung. Sehelai sepinggang. Itulah mereka berdua sekarang kerana ibu mereka dibutakan dengan wang melimpah ruah milik lelaki kaya yang jahat dan durjana yang menghasut ibu meninggalkan anak-anak kandungnya sendirian.
Setelah jauh mereka berjalan mereka pun tiba di sebuah tempat yang sunyi. Sunyi dan gelap. Kotor tetapi cukup untuk mereka berteduh. Merka memasuki kawasan itu. Kelihatan beberapa gelandangan duduk berbual-bual terhenti perbualannya kerana memandang mereka berdua yang agak asing.
“Adik ni siapa?” suara serak-serak basah mengejutkan Taufiq dan Arisha dari belakang. Serentak dua beranak itu memandang ke arah belakang mereka. Apa yang mereka nampak seorang nenek tua. Baju nenek itu compang camping. Badannya bongkok sahaja. Muka nenek itu berkedut.
“kami ...,” Taufiq teragak-agak untuk memberitahu. Dia agak kurang percaya pada orang asing.
“Kami dari jauh,” Arisha bersuara. Riak mukanya tampak gembira. Nenek itu pula hanya mengangguk tanda faham.
Arisha menarik lengan baju Taufiq. Taufiq hanya menuruti arahan adiknya untuk tunduk.
“Jangan risau. Arisha percaya yang nenek ini baik,” Arisha berbisik. Wajahnya terpancar keceriaan dan cahaya. Taufiq memandang Arisha hairan.
Bagaimana? Arisha boleh tahu? Mereka langsung tidak pernahberjumpa apatah lagi berkenalan.
“Anak ni muda lagi. Kenapa jalan malam-malam ni? Mana mak dan ayah anak?” nenek itu bertanya. Seraya itu riak muka mereka berdua terus berubah sedih.
“ala.. kenapa sedih-sedih ni? Baiklah nenek tak akan tanya lagi,” nenek itu menunjukkan jari kelingkingnya tanda berjanji lagi. Arisha menyambut jari kelingking nenek itu.
“nenek janji ye?” wajah Arisha gembira sahaja.
“Marilah masuk rumah nenek panaslah sedikit. Kat luar ni sejuk,” nenek itu mempelawa. Taufiq hanya kaku. Arisha pula hany mengikut perlakuan abangnya.
“kenapa? Anak takut susahkan nenek ke? Jangan risau nenek tinggal dekat sini je. Kalau tak nak susahkan nenek pun sekurang-kurangnya tinggallah di lorong sebelah lorong nenek ye?” nenek itu memujuk mereka berdua. Seraya itu mereka berdua hanya mengangguk dan mengikut nenek tua itu tanpa banyak soal.
Sesampai sahaja di lorong kosong yang nenek itu duduki, mereka terus duduk di atas tikar mengkuang yang sudah koyak rabak. Mungkin juga sudah dimakan tikus.
“Nenek tak ada keluarga lain ke?” mulut celupar Arisha mmula beroperasi. Seraya itu, muka nenek itu terus berubah riaknya. Wajahnya yang tenaaannng berubah kelam. Taufiq yang perasan keadaan itu terus memainkan peranan menyiku lengan adiknya.
“Kenapa dengan abang ni?” Arisha bersuara tinggi. Nenek itu sudah pun berlalu ke belakang lorong yang  dianggap rumah.
“kesian nenek tu,” Taufiq berbisik memberi amaran.
“Tak apa. Nenek dah biasa dah sendiri-sendiri ni,” nenek itu berkata. Sengaja mahu melegakan hati Arisha.  Di tangannya terdapat sebuah periuk kecil berisi bubur sejuk.
“Cucu mesti dah lapar kan? Makanlah. Tetapi bubur ni dah sejuk,” nenek iu berkata seraya meletakkan periuk itu di atas tikar mengkuang buruk yang mereka sedang duduk itu. Senyuman terukir di wajah tenangnya.
“terima kasih nenek,” Arisha berkata riang. Tubuhnya serta-merta berada di hadapan periuk itu. Tangannya sudah bersiap sedia memegang senduk dan mangkuk. Terus sahaja bubur sejuk di dalam itu dia ceduk dan masukkan ke dalam mangkuk di tangan kirinya. Bibir keringnya dijilat. Tidak lupa juga untuk abangnya. Setelah itu, ketiga-tiga mereka menikmati makanan mereka pada malam itu. Walaupun, makanan mereka tidak sedap tetapi apabila satu silaturrahim terjalin segalanya terasa manis sahaja di lidah mahupun di hati.
“terima kasih nek,” Tsufiq berkata setelah membersihkan kawasan mereka makan. Beg galasnya terus digalas di bahu.
“Eh mana cucu nak pergi?” nenek itu bertanya.
“Haah. Mana abang nak pergi?” Arisha bertanya.
“kami tak mahu susahkan nenek. Susah-susah sahaja nenek nanti,” Taufiq berkata. Senyuman ikhlas menghiasi wajah tampannya yang kian cengkung.
“tak mengapa. Cucu cari tempat berteduh bukan? Kat lorong sebelah ni kosong. Tiada siapa yang tinggal kat situ,” nenek menghalakan tangannya ke arah lorong kosong yang berada di sebelah kedai yang sudah berpenghuni. Di sebelahnya trdapat sebuah lorong gelap yang tidak berpenghuni.
“kalau boleh malam ni tinggallah dengan nenek,” nenek memujuk. Taufiq menggeleng perlahan.
“Terima kasih sahajalah nenek. Kami tinggal sahaja di lorong kosong itu,” Taufiq cuba menarik adiknya sekali. “esok kita boleh jumpa lagi,”. Taufiq dan Arisha terus beredar.
Lampu minyak menemani mereka pada malam itu. Berjalan ke arah lorong kosong yang mungkin ber’penghuni’.  Mereka berdua berdiri di hadapan lorong itu. Kedua-dua mereka senyap sahaja tidak mengungkap walau sepatah kata. Taufiq terus menggenggam tangan adiknya.
Maka malam itu bermulalah kehidupan mereka di dalam lorong itu.
------- ♥♥♥♥♥♥♥♥ --------
Taufiq cuba mengimbau kembali kenangan mereka berdua bersama. Setiap benda dan gambar di dalam lorong itu dia sentuh perlahan-lahan. Dia cuba menghayati setiap apa yang ada di dalam lorong itu. Di lorong itu terdapat banyak gambar dan barang yang menyerupai rumah. Semuanya kerana Arisha terlalu inginkan rumah.
Ari mata mengalir perlahan tanpa Taufiq sedar. Dia menangis buat kedua kalinya buat hari itu. Sebak. Siapalah yang tidak sedih setelah sekian lama tidak berjumpa satu-satunya insan tercinta yang hilang tanpa sebarang berita.
Barang-barang Arisha masih lagi tersimpan rapi di dalam lorong itu. Gambar-gambar yang ditampal di sekitar lorong itu semuanya dia ambil daripada majalaj-majalah yang dibuang di dalam tong sampah yang ada berdekatan dengan kawasa mereka.
“Apalah diorang ni. Buang barang yang masih boleh guna lagi,” ayat itu yang Arisha akan guna setiap kali mereka menguti tin untuk dijual. Begitulah cara mereka menyara hidup mereka sendiri pada masa dahulu. Sekarang ini Taufiq sudah kurang mengutip tin. Dia mahu mencari adiknya sekarang.
Adiknya hilang tanpa berita pada malam itu. Malam yang penuh kesedihan.
------- ♥♥♥♥♥♥♥♥ ----------
Nenek yang telah sekian lama menjaga mereka berdua akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Mereka berdua seakan-akan tidak percaya betapa pendeknya masa. Betapa ceptnya masa berlalu pergi dan memanggil insan tersayang.
Seminggu sudah kematian nenek, Arisha asyik termenung sahaja. Wajahnya muram dan kusam. Dia langsung tidak melakukan aktiviti hariannya seperti bermain dengan ‘rumah’ buatan Taufiq serta patung-patung yang dikutip daripada tong sampah. Setelah patung itu dibaiki dan dibasuh rupanya kembali kepada yang sedia kala, itulah arahan nenek yang menjaga mereka itu.
Malam itu, sekali lagi mereka tidur dengan hanya berselimutkan pakaian yang ada pada badan mereka. Disebabkan kesejukan yang amat sangat mereka berdu berpelukan untuk memastikan kehangatan masing-masing.
“Abang,” Arisha memanggil perlahan. Taufiq segera membuka matanya luas.
“Arisha teringinkan sebuah rumah,” Arisha petah berkata. Taufiq tergamam. Sudah berapa kali entah Arisha asyik mengulang perkara yang sama. Tetapi, Taufiq tidak mampu menunaikannya. Mereka bukan orang yang berduit. Hidup mereka susah. Cari makan pun terpaksa merempat di tepi jalan meminta belas kasihan orang lain. Kalau mahu cari kerja. Taufiq tiada kelulusan PT3 apatah lagi SPM. Yang Taufiq ada hanyalah slip keputusan Upsr yang tak seberapa. Tambahan, mereka masih muda lagi. Siapalah yang mahu mengambil mereka berkerja. Silap-silap orang lain lagi jijik adalah.
“Arisha. Arisha tahu kan abang tak boleh janji pada Arisha?” Taufiq memegang wajah adiknya. Arisha mengangguk perlahan tanda memahami.
“Abang tak tahu yang abang boleh tunaikan atau tidak. Tetapi jikalau ada rezeki abang akan berikan apa yang Arisha mahu, boleh?” Taufiq sekadar memberi janji palsu. Niatnya mahu menyedapkan hati Arisha.
Arisha tahu yang abangnya tidak mampu. Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Umurnya baru sahaja mencecah 10 tahun. Apa yang budak 10 tahu boleh buat untuk cari duit. Bekerja pun bukan ada yang mahu terima. Tetapi permintaannya untuk memberi kehidupan yang selesa buat abangnya serta buat dirinya juga.
Arisha hanya berdiam diri. Dia melelapkan matanya. Dia cuba untuk tidak berfikir tantang apa-apa lagi.
Mereka berdua tidur dengan lena malam itu tetapi entah kenapa Taufiq mendapat mimpi buruk. Arisha pergi meninggalkannya tanpa sebarang sebab. Namun, walaupun hatinya terasa tidk sedap tetap matanya berat untuk dibuka. Tanpa dia sedari perkara yang dilalui itu adalah benar. Arisha pergi meninggalkan dirinya.
------- ♥♥♥♥♥♥♥♥ -------
Taufiq menangis lagi. Dia tidak tahu bilalah air matanya akan kering akbat sentiasa menangis. Dia rindu. Rindu akan seseorang yang tidak diketahui khabar beritanya. Rindu yang tidak dapat ditahan lagi.
Andaikan dia mampu memutar kembali masa....
------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: hye all! actually as you see this story is kind of not really finish right? so i will tell you the other story. it actually had a sequel for this story. i will update the sequel soon as the sequel still in progress. and bye! love you  all readers!!

Tuesday, 19 May 2015

the teaser of Kontrol

Dorawajwo
Haruharu ireohge
Nunmullo hayeomeopsi
Neoreul gidarineun naegero
Dorawajwo
Kkeuti eopsneun nae ane
Gidarim meomchul su issneun geon
Ojik geudaebakke eopseo
Gidarineun geon naega
Da araseo hal tenikka
Daesin igeo hanaman
Kkok gieokhaejwo
Ttak hanaman gieokhaejwo

Taufiq menangis tanpa henti. 
Arisha! Arisha! Mana Arisha pergi?
Taufiq rindu.
Di mana perginya Arisha?

Jejaka Pilihan Bonda dan Abah



Aku tahu in semua tidak adil buat diriku... Aku juga tahu ini semua sudah terjadi dan sudah terlambat buat diriku perbetulkan semua keadaan yang berlaku. Aku dipaksa untuk mengahwini seorang jejaka pilihan orang tuaku oleh bonda. Jejaka yang telah aku kenal buat sekian lamanya. The most important is. AKU BENCI DIA!!
Angkara fitnah yang dibuat ke atas diriku cukup berat. Semuanya angkara dia. Setelah sedar akan kesilapannya, terhegeh-hegehlah dia cuba memujukku dan cuba memperbetulkan keadaan semata-mata mahu mengambil hati ku. Namun, aku tidaklah selemah itu tertipu dengan pujukan lelaki. Fitnah yang dilempar sendiri sudah dijilatnya kembali. Dia cuba membersihkan namaku ketika aku digantung kolej disebabkan fitnah tersebut. Banyak tohmahan yang dilemparkan kepadaku sehingga dekan sendiri pergi mencariku di bilik kuliah.dekan tidak percaya akan apa yang dilemparkan oleh pelajar kolej. Dekan adalah sahabat baik bonda dan abah dan dia sendiri yang memberitahu perkara tersebut kepada bonda dan abah tanpa pengetahuan aku.
Bonda dan abah kecewa akan apa yang berlaku. Mereka lebih kecewa terhadap aku kerana merahsiakan perkara ini kepada mereka. Dekan telah berjumpa dengan jejaka tersebut untuk menerangkan dan memperbetulkan semua yang terjadi. Dekan teah berjanji untuk tidak melibatkan orang tuanya dalam kes ini. Jejaka tersebut telah pun berjumpa dengan ibu bapaku dan meminta maaf di atas kejadian tersebut
Sekiranya semua mahu tahu siapakah gerangan jejaka in sebelum anda semua mencari namanya di dalam cerita ini, biarlah saya yang beritahu terlebih dahulu. Nama sang jejaka ini ialah Harriz Fazlan. Dengar namanya macam biasa jer tapi perngainya, hanya Allah sahajalah yang tahu betapa buruknya. Nasib baik muka hensem, sedaplah sikit mata memandang.
Lebih kurang setahu dua bulan sudah aku sudah mendirikan rumah tangga bersam Harriz Fazlan dan kami baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Kami namakannya Syarif Roslan. Usianya baru sahaja dua minggu. Maknanya aku masih lagi dalam tempoh berpantang sekarang ini. Harriz Fazlan pula kin, punyalahromantik dan baik giler. Dia layan aku macam aku ni permaisuri.
Mula-mula kahwin dulu memanglah tak ngam tapi bila dah kenal barulah tahu perangainya bagaimana. Dia buat macam tu masa dulu-dulu sebab dia nak tahu hati budi aku denga ikhlas. Dia terima baik, buruk, kelebihan dan kekurangan aku seadanya.
Betullah kata orang tua, jidoh pilihan keluarga adalh yang terbaik buat anak-anak kerana mereka sudah siasata dulu latar belakang bakal menantu mereka dulu. Jadi terimalah mereka sekiranya kita mesih lagi solo dan single. Kalau dah ada pilihan bincanglah dengan mereka elok-elok dan minya pihak lelaki masuk meminang.

Ps: hye you alls. It’s been a while. Well. I want to say that this story is actually not mine but my friend’s. She want me to update it in my blog so i just copy and paste. I am sorry if you not understand this story as well because i am also don’t understand what she want to tell in this story. This is sad.

Thursday, 14 May 2015

janji sahabat

 Umairah membelek wajahnya sekali lagi pada cermin. Senyuman terukir tanda puas
 “Umairah!!!!!!!!!!!” suara Aina memecah kesunyian di dalam rumah Umairah. Umairah mula kelam kabut apabila mendengar suara tinggi ala oprah milik Aina yang memenuhi ruang rumah Umairah.
“Kejap!!” Umairah menjerit balas. Cepat-cepat Umairah memberi sentuhan terakhir terhadap tudungnya lalu mengambil beg tangan kemudian menggantungnya ke bahunya. Umairah kemudiannya berlari-lari anak ke arah Aina yang sedang menunggu di hadapan rumah Umairah sambil bercekak pinggang.
“Cepatlah. Sarah tengah tunggu tu dalam kereta,” Aina membebel pada Umairah yang sedang sibuk mencari kasut yang sesuai dengan bajunya.
“Ya. Ya. Aku faham,” Umairah berkata sambil memakai kasutnya. Selesai dengan urusan kasutnya, Umairah terus berlari ke arah kereta Myvi meninggalkan Aina keseorangan.
“Sarah!” Umairah menjerit nama sahabat baiknya. Pintu kereta Myvi itu dibukanya lalu tubuh kurus Sarah dipeluknya kuat. Rindu sangat. Aina hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Umairah yang seakan-akan kebudak-budakan.  Sarah pula hanya tersenyum seperti biasa.
“Hish! Engkau ni! Lepaskan budak Sarah tu, dia sa… ops,” Aina memerhati gerak-geri Sarah yang cuba menghalang Aina daripada terlepas rahsia besar antara mereka berdua.
“Dia sa?” Umairah bertanya. “Apanya?”
“Nanti dia lemas,” Aina menepuk tangannya sekali. Senyuman yang terukir dibibir sengaja di’fake’kan  kerana dia tahu yang Umairah akan tertipu dengan hanya sebuah senyuman walau tidak berapa ikhlas.
“oooo? Ha’ah lah. Kesian Sarah nanti. Irah minta maaf,” pelukan dileraikan perlahan-lahan. Serta-merta Umairah mengambil tempat duduknya di bahagian seat belakang sementara Sarah dan Aina duduk di seat depan. Aina, of coursela. Dia yang kena memandu tak akan nak duduk blakang pula. Tidak ke pelik bin ajaib namanya kal memandu tetapi duduk seat belakang. Siapa yang pernah tengok benda yang pelik sebegitu rupa?
Dengan itu mereka pun berlalulah ke arah destinasi mereka pada hari itu. Tempat yang di mana mereka boleh bersuka-ria menikmati hari muda mereka bersama.
##################
“wah! Kita dah sampai,” Umairah menjerit riang apabila menapakkan kakinya ke tanah. Rasa letih sebentar tadi duduk berlama-lamaan di dalam kereta akhirnya dapat dilepaskan.
“Ye. Aku faham kau excited skarang nie tapi bawalah bersabar dulu. Jangan kabut sangat,” Aina cuba menenangkan Umairah yang mula terkinja-kinja macam budak kecil. Sarah pula hanya tersenyum pahit.
“Aku tengah sabarlah nie. Kau kena faham gaya aku bersabar macam ini lah. Aina nanti kalau ada DDR kita main sama-sama tau,” Umairah berkata riang. Dia tidak sanggup meminta Sarah bermain bersama kerana sejak kecil lagi Umairah sudah maklum bahawa Sarah mempunyai penyakit asma.
“Ya. Ya.” Aina menjawab malas. “Jomlah masuk. Nanti budak bertuah ni bising lagi,” Aina mengusik.
“I am gifted. That is why aku bertuah,” Umairah membalas usikan Aina.
“ini first-time tau aku dapat pergi Legoland. Dah lah mahal bukan dapat pergi pun sentiasa,” umairah menyatakansebaik sahaj Sarah selesai urusan membayar tiket masuk ke Legoland.
“Terima kasih tau Sarah. Saya sayang awak sangat-sangat,” sekali lagi tubuh kurus Sarah dipeluk erat. Kemudiannya, tangan kecil Sarah dirangkul kemas lalu Umairah menarik Sarah dan Aina bersama-sama masuk ke dalam Legoland.
#######################
“Bestnya. Hari ni hari yang paling seronok sekali,” Umairah menyatakan.
“Of courselah. Dah ada orang belanja. Engkau tu kalau ada orang ‘suap’ pantang ambil je. Tak reti malu sungguh,” Aina memerli. Umairah berpura-pura mengerling Aina tajam. Perkara perli-memerli ini sudah biasa bagi Aina dan Umairah. Kalau tidak bertekak dalam sehari itu tidak sah. Pantang berjumpa pasti ada sahaja perkara yang dibahaskan.
“Eleh. Kau jealous. Aku asyik jalan dengan Sarah sahaja tadi. Padan muka kau kena tinggal,” Umairah menjelir lidahnya.
“Jelir lidah tu lagi! Biar kena potong padan muka,” Aina cuba mengugut walaupun dia sudah mengetahui yang Umairah tidak akan terasa. Cepat-cepat Umairah menarik muka masam.
“Dia jealous je tu, kan Sarah?” Umairah berpaling ke arah Sarah yang duduk di sebelahnya. Sarah hanya tersenyum manis.
“Ha’ah. Aina tu jealous je,” Sarah turut ikut serta. Suasana di dalam kereta itu bertambah gamat. Gelak ketawa menghiasi hari. Sehinggalah sesuatu yang tidak pernah disangka terjadi......
“thanks Sarah sebab belanja kita hari ni. Aina pun sama gak thanks sebab bawa kita ke tempat
yang sepatutnya, taklah melencong ke mana-mana,” Kata Umairah seusai turun dari kereta Exora milik Aina. Sesambil itu dia sempat mengusik Aina.
“Yela. Aku bukannya jenis melencong macam tu,” Aina membalas usikan tersebut dengan senyuman sinis. Umairah pula hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Dahlah. Nak maghrib dah ni. Baik kau masuk rumah kau cepat. Aku pun nak hantar Sarah ni cepat. Bye Assalamualaikum,” Aina berkata lalu mula membuka enjin kereta.
“Aku cau dulu,” Aina berkata lalu mula beredar membawa Sarah pergi jauh daripada pandangan Umairah. Umairah masuk ke rumahnya tanpa ada sebarang rasa curiga.
##################
“Eh Sarah!. Awak okay ke tidak ni? Awak nak saya hantar ke hospital ke?” Aina mula cuak apabila melihat reaksi Sarah yang seakan-akan keletihan dan tidak bermaya.
“Tak apa,” Sarah tersenyum kelat. Dia cuba untuk menahan sakitnya. Dia tidak mahu orang lain risau akn diri dia yang sakit.
“Hantar saja saya ke rumah saya terus. Mak saya ada di rumah. Dia yang akan jaga saya. Awak tak perlu risau pun,” Sarah cuba menenangkan Aina yang gelabah tidak tentu fasal.
“Serious ni?” Aina bertanya untuk mendapatkan kepastian. Sarah hanya mengangguk kecil.
“Okaylah. If you say so,” Aina tidak mahu memaksa rakannya itu. Dia sudah maklum dengan sifat degil rakannya itu yang suka berahsia.
#####################
Seminggu sudah Sarah menghilang tanpa berita. Umairah mulai risau.
“Mana perginya Sarah ni? Kat rumah dia tak ada. Call tak berangkat. Naik risaulah aku macam ni. Aina pun sama, call tak nak angkat,” Umairah membebel sendiri. Dia berjalan mundar-mandir di dalam biliknya.
“Mana semua orang pergi ni?!” Umairah berteriak. Badannya dihempaskan di atas katilnya. Kemudian dia berpusing-pusing. Mungkin terlalu runsing bagi menyelesaikan masalah yang sering menemui jalan buntu pada akhir penyelesaiannya.
“Persahabatan kita tak akan pernah terputus”
Telefon Umairah berdering. Umairah yang terkejut itu menepuk dadanya sendiri. Dia menghela nafas lega yang dia tidak mengalami sebarang penyakitakibat rasa terkejut yangtdak berapa melampau itu. Cepat-cepat dia berlari ke arah telefon bimbitnya. Lagi sekali, Umairah menarik nafas lega. Orang yang dia tunggu-tunggu akhirnya menghubunginya.
“Assalamualaikum Aina! Wei mana kau orang semua pergi? Penat aku mencari seluruh tempat semata-mata nak cari kau ngan Sarah je, tahu tak?” Umairah membebel panjang. Dia langsung tidak memberi sebarang laluan untuk Aina berkata. Tiba-tiba Umairah berhenti berkata-kata kerana Aina memarahinya. Dia terkedu. Bukan kerana Aina, tetapi kerana berita yang disampaikan oleh Aina. Ia sungguh mengejutkan. Pegangan Umairah tidak mampu lagi untuk bertahan lebih lama. Telefon bimbitnya terjatuh daripada pegangan kemasnya sendiri. Air mata mengalir perlaha-lahan. Perasaan sedih dan terkejut tidak dapat dibendung lagi.
“Umairah? Umairah? Wei kau okay tidak?!” Aina menjerit dari hujung talian. Aina tidak mahu kehilangan lagi seorang rakan baiknya lagi. Dia sudah serik.
“kenapa?!” Umairah berkata dalam tangis. Tubuhnya membongkok memeluk dirinya. Terasa hina akibat tidak terlalu mengambil kisah akan rakannya yang seorang itu. Ketika itu, Umairah teringat akan satu baris ayat yang Aina perkatakan sebentar tadi.
‘Sarah nak jumpa kau buat kali ni je. Ini kali terakhir, wei. Aku minta support kau datanglah kat Hospital Kuala Lumpur ni,’
Ayat itu terus terngiang di dalam telinganya. Umairah terus berdiri. Dia langsung tidak mahu menjawab panggilan Aina yang berkali-kali memanggil namanya tetapi tidak bersahut.
##################
Umairah laju memandu keretanya. Tapi takdelah sampai laju yang melanggar peraturan itu. Emosi Umairah completely terganggu. Dia tidak dapat menahannya lagi. Dia tidak mahu perkara lama berulang kembali. Umairah sudah serik.
Sesampainya Umairah di hospital yang menempatkan Sarah. Dia terus berlari ke seluruh bangunan itu. Mencari bilik yang Sarah duduki seperti panduan yang Aina beritahu sebentar tadi. Umairah langsung tidak menghiraukan orang di sekelilingnya yang menganggap dirinya terlalu drama queen kerana berlari-lari di dalam hospital.
“Sarah!” Umairah menerkah masuk. Di sebelah Sarah terdapat ibu Sarah serta tunang Sarah. Srah mengangkat kepalanya sedikit apabila mendengar namanya dipanggil. Tambahan pula, Sarah sudah maklum suara itu milik siapa.
“Umairah!” Sarah berteriak lemah. Suaranya lemah tidak bermaya serta perlahan sahaja. Sekali lagi, Umairah tidak dapat menahan sebaknya lagi. Air matany jatuh membasahi pipinya yang gebu dan putih itu.
“Mak dan Haiqal keluar dulu ye. Umairah berboraklah dengan Sarah sebentar. Ada sesuatu yang dia mahu beritahu kamu,” ibu Sarah mempelawa. Selepas ibu dan tunang Sarah meninggalkan Umairah berduaan dengan Sarah, barulah Umairah mebuka kata.
“Awak! Kenapa awak sorokkan benda macam ini. Awak kata awak dah sihat. But these? You already stay in hospital and I don’t even know anything. You better explain this,” umairah meluahkan perasaannya. Umairah menarik kerusi di sebelah Sarah lalu dia terus duduk di atas kerusi tersebut. Sarah pula hanya diam membisu.
“please. I want to know why,” Umairah memujuk. Tangan Sarah digenggam kemas. Sarah bangun daripada baringnya dengan payah. Sarah cuba mencapai kotak ungu yang berada di atas meja yang berada di sebelah katilnya. Seusai itu, kotak itu dibuka memperlihatkan segala kertas-kertas yang seolah-olah tidak berguna lagi. Sarah mencapai surat berwarna coklat kekuning-kuningan yang terlipat kemas di dalam kotak itu.
“Surat ini akan terangkan segalanya,” Sarah berkata. Kemudian Sarah baring semula di tempat pembaringannya.
“Saya penat saya nak tidur,” Sarah memberi alasan. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Umairah. Dia tidak mahu melihat rakan baik sejak kecilnya itu menangis di hadapan dirinya.
“Baiklah,” Umairah berkata. Hasratnya tidak mahu mengacau Sarah yang sakit. Setelah melihat Sarah menutup matanya barulah Umairah berlalu pergi daripada bilik itu. Tidak pula dia menyangka akan berlaku lagi satu perkara dahsyat di antara dirinya dan Sarah
#################
Saya nak minta maaf sebab tak beritahu awak lebih awal. Saya tahu awak akan marah saya. Tapi saya tak nak awak risaukan saya sangat jadi saya tak beritahu awak. Saya sebenarnya ada sakit jantung. Dah masuk tahap ke empat dah sekarang ni. Yang tahu benda ni sekarang hanya keluarga saya dan Aina sahaja. Tak ada lagi yang tahu benda ni.
Saya harap awak boleh tunaikan permintaan saya:
1) Saya nak ada dua orang kawan. Agar nanti bila saya pergi awak tak kesunyian ada kawan lain.
2) Saya nak bertunang. Alhamdulillah dah dapat. Nak kahwin tapi rasanya kalau nak timang anak mungkin tak sempat.
3) Saya nak rumah pondok kecil kita tu jadikan perpustakaan kebajikan
4)Saya nak semua harta saya diberikan kepada perpustakaan terseebut intuk ubah suai dan beli buku.
5) Saya nak awak sentiasa ingat saya walau saya dah pergi. Saya harap awak dapat doakan saya sepanjang saya tiada. Kita mungkin tak dapat jumpa selamanya.
Saya minta maaf sangat-sangat. Saya masih lagi sayang awak
Kawan mu,
Sarah…..

Malam itu, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya. Umairah cuba menahan sebak. Umairah reda dengan ketentuan-Nya
“No wonder dia asyik termenung dan senyap sahaj sejak kebelakangan ni,” Umairah berbisik sendiri.
“Insya-Allah, Sarah. Saya akan tunaikan permintaan awak,” Umairah tersenyum dalam tangis.