“Arisha! Arisha!” Taufiq berkata di dalam tidurnya.
Serentak itu, Taufiq terus tersentak dari tidurnya. Matanya terbuka luas.
Sekali lagi. Dia mimpikan adiknya, Arisha. Rindunya tidak
dapat dihalang lagi. Taufiq tersedu dalam tangis.
“Arisha! Mana Arisha pergi?” Taufiq berbisik.
------------ ♥♥♥♥♥♥♥ -------------
“Abang!” Arisha berteriak. Arisha berlari ke arah
abangnya. Tubuh kurus kering abangnya dipeluk kuat dari belakang.
“Isha rindu abang!” Arisha yang membahasakan dirinya
sebagai ‘Isha’ itu berkata.
“Kenapa?” Taufiq berpusing menghadap Arisha seusai sahaja
Arisha melepaskan pelukannya. Suara taufiq lembut sahaja. Pipi Arisha dicubit
perlahan. Arisha pula hanya tersenyum manja.
------------ ♥♥♥♥♥♥♥♥
--------------
“Rindunya abang pada Arisha. Abang rindu pada senyuman
Arisha,” Taufiq berkata. Taufiq hanya memandang cermin di dalam tandas awam itu
dengan perasaan yang kosong. Bagi Taufiq, biarlah dia merempat di mana pun,
asalkan ada Arisha di sisinya itu sudah mencukupi.. Hanya Arisha sahajalah yang
dia perlukan sebagai pelengkap hidupnya.
Seusai Taufiq menyelesaikan urusannya di dalam tandas
awam tersebut, dia pun keluar. Kini tujuannya adalah untuk menuju ke arah
tempat persembunyian dia dan Arisha pada waktu dahulu.
Lorong itu. Lorong yang membawa makna besar buat mereka
berdua. Lorong yang menyimpan seribu satu memori mereka.....
------------
♥♥♥♥♥♥ --------------
Arisah daN Taufiq berjalan beriringan merentasi malam
yang yang sunyi. Misi mereka adalah untuk mencari tempat berteduh yang boleh
diduduki. Biarlah ia tidak selesa manapun asalkan namanya tempat berteduh.
Mereka baru sahaja kehilangan tempat tinggal sebaik
sahaja bapa mereka berdua meninggal dunia. Ibu mereka pula baru sahaja
meninggalkan mereka semalam sendirian. Alasan ibunya kerana lelaki yang
mengambil ibu bekerja itu tidak mahu pekerja yang mempunyai anak. Ibu dikaburi
harta dunia. Lelaki kaya itu mahu mengahwini ibu. Taufiq terdengar perbualan
antara ibu dan ‘majikan’ ibunya itu. Tetapi rahsia itu Taufiq pendam. Dia tidak
mahu adiknya menuduh ibunya tidak menyayangi mereka lagi walaupun itulah
perkara yangbenar. Ibu merekalangsung meninggalkan mereka tanpa sebarang tempat
bergantung. Sehelai sepinggang. Itulah mereka berdua sekarang kerana ibu mereka
dibutakan dengan wang melimpah ruah milik lelaki kaya yang jahat dan durjana
yang menghasut ibu meninggalkan anak-anak kandungnya sendirian.
Setelah jauh mereka berjalan mereka pun tiba di sebuah
tempat yang sunyi. Sunyi dan gelap. Kotor tetapi cukup untuk mereka berteduh.
Merka memasuki kawasan itu. Kelihatan beberapa gelandangan duduk berbual-bual
terhenti perbualannya kerana memandang mereka berdua yang agak asing.
“Adik ni siapa?” suara serak-serak basah mengejutkan
Taufiq dan Arisha dari belakang. Serentak dua beranak itu memandang ke arah
belakang mereka. Apa yang mereka nampak seorang nenek tua. Baju nenek itu
compang camping. Badannya bongkok sahaja. Muka nenek itu berkedut.
“kami ...,” Taufiq teragak-agak untuk memberitahu. Dia
agak kurang percaya pada orang asing.
“Kami dari jauh,” Arisha bersuara. Riak mukanya tampak
gembira. Nenek itu pula hanya mengangguk tanda faham.
Arisha menarik lengan baju Taufiq. Taufiq hanya menuruti
arahan adiknya untuk tunduk.
“Jangan risau. Arisha percaya yang nenek ini baik,”
Arisha berbisik. Wajahnya terpancar keceriaan dan cahaya. Taufiq memandang
Arisha hairan.
Bagaimana? Arisha boleh tahu? Mereka langsung tidak
pernahberjumpa apatah lagi berkenalan.
“Anak ni muda lagi. Kenapa jalan malam-malam ni? Mana mak
dan ayah anak?” nenek itu bertanya. Seraya itu riak muka mereka berdua terus
berubah sedih.
“ala.. kenapa sedih-sedih ni? Baiklah nenek tak akan
tanya lagi,” nenek itu menunjukkan jari kelingkingnya tanda berjanji lagi.
Arisha menyambut jari kelingking nenek itu.
“nenek janji ye?” wajah Arisha gembira sahaja.
“Marilah masuk rumah nenek panaslah sedikit. Kat luar ni
sejuk,” nenek itu mempelawa. Taufiq hanya kaku. Arisha pula hany mengikut
perlakuan abangnya.
“kenapa? Anak takut susahkan nenek ke? Jangan risau nenek
tinggal dekat sini je. Kalau tak nak susahkan nenek pun sekurang-kurangnya
tinggallah di lorong sebelah lorong nenek ye?” nenek itu memujuk mereka berdua.
Seraya itu mereka berdua hanya mengangguk dan mengikut nenek tua itu tanpa
banyak soal.
Sesampai sahaja di lorong kosong yang nenek itu duduki,
mereka terus duduk di atas tikar mengkuang yang sudah koyak rabak. Mungkin juga
sudah dimakan tikus.
“Nenek tak ada keluarga lain ke?” mulut celupar Arisha
mmula beroperasi. Seraya itu, muka nenek itu terus berubah riaknya. Wajahnya
yang tenaaannng berubah kelam. Taufiq yang perasan keadaan itu terus memainkan
peranan menyiku lengan adiknya.
“Kenapa dengan
abang ni?” Arisha bersuara tinggi. Nenek itu sudah pun berlalu ke belakang
lorong yang dianggap rumah.
“kesian nenek
tu,” Taufiq berbisik memberi amaran.
“Tak apa. Nenek
dah biasa dah sendiri-sendiri ni,” nenek itu berkata. Sengaja mahu melegakan
hati Arisha. Di tangannya terdapat
sebuah periuk kecil berisi bubur sejuk.
“Cucu mesti dah
lapar kan? Makanlah. Tetapi bubur ni dah sejuk,” nenek iu berkata seraya
meletakkan periuk itu di atas tikar mengkuang buruk yang mereka sedang duduk
itu. Senyuman terukir di wajah tenangnya.
“terima kasih
nenek,” Arisha berkata riang. Tubuhnya serta-merta berada di hadapan periuk
itu. Tangannya sudah bersiap sedia memegang senduk dan mangkuk. Terus sahaja
bubur sejuk di dalam itu dia ceduk dan masukkan ke dalam mangkuk di tangan
kirinya. Bibir keringnya dijilat. Tidak lupa juga untuk abangnya. Setelah itu,
ketiga-tiga mereka menikmati makanan mereka pada malam itu. Walaupun, makanan
mereka tidak sedap tetapi apabila satu silaturrahim terjalin segalanya terasa
manis sahaja di lidah mahupun di hati.
“terima kasih
nek,” Tsufiq berkata setelah membersihkan kawasan mereka makan. Beg galasnya
terus digalas di bahu.
“Eh mana cucu nak
pergi?” nenek itu bertanya.
“Haah. Mana abang
nak pergi?” Arisha bertanya.
“kami tak mahu
susahkan nenek. Susah-susah sahaja nenek nanti,” Taufiq berkata. Senyuman
ikhlas menghiasi wajah tampannya yang kian cengkung.
“tak mengapa.
Cucu cari tempat berteduh bukan? Kat lorong sebelah ni kosong. Tiada siapa yang
tinggal kat situ,” nenek menghalakan tangannya ke arah lorong kosong yang
berada di sebelah kedai yang sudah berpenghuni. Di sebelahnya trdapat sebuah
lorong gelap yang tidak berpenghuni.
“kalau boleh
malam ni tinggallah dengan nenek,” nenek memujuk. Taufiq menggeleng perlahan.
“Terima kasih
sahajalah nenek. Kami tinggal sahaja di lorong kosong itu,” Taufiq cuba menarik
adiknya sekali. “esok kita boleh jumpa lagi,”. Taufiq dan Arisha terus beredar.
Lampu minyak menemani
mereka pada malam itu. Berjalan ke arah lorong kosong yang mungkin
ber’penghuni’. Mereka berdua berdiri di
hadapan lorong itu. Kedua-dua mereka senyap sahaja tidak mengungkap walau
sepatah kata. Taufiq terus menggenggam tangan adiknya.
Maka malam itu
bermulalah kehidupan mereka di dalam lorong itu.
------- ♥♥♥♥♥♥♥♥ --------
Taufiq cuba
mengimbau kembali kenangan mereka berdua bersama. Setiap benda dan gambar di
dalam lorong itu dia sentuh perlahan-lahan. Dia cuba menghayati setiap apa yang
ada di dalam lorong itu. Di lorong itu terdapat banyak gambar dan barang yang
menyerupai rumah. Semuanya kerana Arisha terlalu inginkan rumah.
Ari mata mengalir
perlahan tanpa Taufiq sedar. Dia menangis buat kedua kalinya buat hari itu.
Sebak. Siapalah yang tidak sedih setelah sekian lama tidak berjumpa
satu-satunya insan tercinta yang hilang tanpa sebarang berita.
Barang-barang
Arisha masih lagi tersimpan rapi di dalam lorong itu. Gambar-gambar yang
ditampal di sekitar lorong itu semuanya dia ambil daripada majalaj-majalah yang
dibuang di dalam tong sampah yang ada berdekatan dengan kawasa mereka.
“Apalah diorang
ni. Buang barang yang masih boleh guna lagi,” ayat itu yang Arisha akan guna
setiap kali mereka menguti tin untuk dijual. Begitulah cara mereka menyara hidup
mereka sendiri pada masa dahulu. Sekarang ini Taufiq sudah kurang mengutip tin.
Dia mahu mencari adiknya sekarang.
Adiknya hilang
tanpa berita pada malam itu. Malam yang penuh kesedihan.
------- ♥♥♥♥♥♥♥♥
----------
Nenek yang telah sekian lama menjaga mereka berdua
akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Mereka berdua seakan-akan tidak percaya
betapa pendeknya masa. Betapa ceptnya masa berlalu pergi dan memanggil insan
tersayang.
Seminggu sudah kematian nenek, Arisha asyik termenung
sahaja. Wajahnya muram dan kusam. Dia langsung tidak melakukan aktiviti
hariannya seperti bermain dengan ‘rumah’ buatan Taufiq serta patung-patung yang
dikutip daripada tong sampah. Setelah patung itu dibaiki dan dibasuh rupanya
kembali kepada yang sedia kala, itulah arahan nenek yang menjaga mereka itu.
Malam itu, sekali lagi mereka tidur dengan hanya
berselimutkan pakaian yang ada pada badan mereka. Disebabkan kesejukan yang
amat sangat mereka berdu berpelukan untuk memastikan kehangatan masing-masing.
“Abang,” Arisha memanggil perlahan. Taufiq segera membuka
matanya luas.
“Arisha teringinkan sebuah rumah,” Arisha petah berkata.
Taufiq tergamam. Sudah berapa kali entah Arisha asyik mengulang perkara yang
sama. Tetapi, Taufiq tidak mampu menunaikannya. Mereka bukan orang yang
berduit. Hidup mereka susah. Cari makan pun terpaksa merempat di tepi jalan
meminta belas kasihan orang lain. Kalau mahu cari kerja. Taufiq tiada kelulusan
PT3 apatah lagi SPM. Yang Taufiq ada hanyalah slip keputusan Upsr yang tak
seberapa. Tambahan, mereka masih muda lagi. Siapalah yang mahu mengambil mereka
berkerja. Silap-silap orang lain lagi jijik adalah.
“Arisha. Arisha tahu kan abang tak boleh janji pada
Arisha?” Taufiq memegang wajah adiknya. Arisha mengangguk perlahan tanda
memahami.
“Abang tak tahu yang abang boleh tunaikan atau tidak.
Tetapi jikalau ada rezeki abang akan berikan apa yang Arisha mahu, boleh?”
Taufiq sekadar memberi janji palsu. Niatnya mahu menyedapkan hati Arisha.
Arisha tahu yang abangnya tidak mampu. Dia tidak boleh
berbuat apa-apa. Umurnya baru sahaja mencecah 10 tahun. Apa yang budak 10 tahu
boleh buat untuk cari duit. Bekerja pun bukan ada yang mahu terima. Tetapi
permintaannya untuk memberi kehidupan yang selesa buat abangnya serta buat
dirinya juga.
Arisha hanya berdiam diri. Dia melelapkan matanya. Dia
cuba untuk tidak berfikir tantang apa-apa lagi.
Mereka berdua tidur dengan lena malam itu tetapi entah
kenapa Taufiq mendapat mimpi buruk. Arisha pergi meninggalkannya tanpa sebarang
sebab. Namun, walaupun hatinya terasa tidk sedap tetap matanya berat untuk
dibuka. Tanpa dia sedari perkara yang dilalui itu adalah benar. Arisha pergi
meninggalkan dirinya.
------- ♥♥♥♥♥♥♥♥ -------
Taufiq menangis lagi. Dia tidak tahu bilalah air matanya
akan kering akbat sentiasa menangis. Dia rindu. Rindu akan seseorang yang tidak
diketahui khabar beritanya. Rindu yang tidak dapat ditahan lagi.
Andaikan dia mampu memutar kembali masa....
------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: hye all! actually as you see this story is kind of not really finish right? so i will tell you the other story. it actually had a sequel for this story. i will update the sequel soon as the sequel still in progress. and bye! love you all readers!!
No comments:
Post a Comment