Thursday, 14 May 2015

janji sahabat

 Umairah membelek wajahnya sekali lagi pada cermin. Senyuman terukir tanda puas
 “Umairah!!!!!!!!!!!” suara Aina memecah kesunyian di dalam rumah Umairah. Umairah mula kelam kabut apabila mendengar suara tinggi ala oprah milik Aina yang memenuhi ruang rumah Umairah.
“Kejap!!” Umairah menjerit balas. Cepat-cepat Umairah memberi sentuhan terakhir terhadap tudungnya lalu mengambil beg tangan kemudian menggantungnya ke bahunya. Umairah kemudiannya berlari-lari anak ke arah Aina yang sedang menunggu di hadapan rumah Umairah sambil bercekak pinggang.
“Cepatlah. Sarah tengah tunggu tu dalam kereta,” Aina membebel pada Umairah yang sedang sibuk mencari kasut yang sesuai dengan bajunya.
“Ya. Ya. Aku faham,” Umairah berkata sambil memakai kasutnya. Selesai dengan urusan kasutnya, Umairah terus berlari ke arah kereta Myvi meninggalkan Aina keseorangan.
“Sarah!” Umairah menjerit nama sahabat baiknya. Pintu kereta Myvi itu dibukanya lalu tubuh kurus Sarah dipeluknya kuat. Rindu sangat. Aina hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Umairah yang seakan-akan kebudak-budakan.  Sarah pula hanya tersenyum seperti biasa.
“Hish! Engkau ni! Lepaskan budak Sarah tu, dia sa… ops,” Aina memerhati gerak-geri Sarah yang cuba menghalang Aina daripada terlepas rahsia besar antara mereka berdua.
“Dia sa?” Umairah bertanya. “Apanya?”
“Nanti dia lemas,” Aina menepuk tangannya sekali. Senyuman yang terukir dibibir sengaja di’fake’kan  kerana dia tahu yang Umairah akan tertipu dengan hanya sebuah senyuman walau tidak berapa ikhlas.
“oooo? Ha’ah lah. Kesian Sarah nanti. Irah minta maaf,” pelukan dileraikan perlahan-lahan. Serta-merta Umairah mengambil tempat duduknya di bahagian seat belakang sementara Sarah dan Aina duduk di seat depan. Aina, of coursela. Dia yang kena memandu tak akan nak duduk blakang pula. Tidak ke pelik bin ajaib namanya kal memandu tetapi duduk seat belakang. Siapa yang pernah tengok benda yang pelik sebegitu rupa?
Dengan itu mereka pun berlalulah ke arah destinasi mereka pada hari itu. Tempat yang di mana mereka boleh bersuka-ria menikmati hari muda mereka bersama.
##################
“wah! Kita dah sampai,” Umairah menjerit riang apabila menapakkan kakinya ke tanah. Rasa letih sebentar tadi duduk berlama-lamaan di dalam kereta akhirnya dapat dilepaskan.
“Ye. Aku faham kau excited skarang nie tapi bawalah bersabar dulu. Jangan kabut sangat,” Aina cuba menenangkan Umairah yang mula terkinja-kinja macam budak kecil. Sarah pula hanya tersenyum pahit.
“Aku tengah sabarlah nie. Kau kena faham gaya aku bersabar macam ini lah. Aina nanti kalau ada DDR kita main sama-sama tau,” Umairah berkata riang. Dia tidak sanggup meminta Sarah bermain bersama kerana sejak kecil lagi Umairah sudah maklum bahawa Sarah mempunyai penyakit asma.
“Ya. Ya.” Aina menjawab malas. “Jomlah masuk. Nanti budak bertuah ni bising lagi,” Aina mengusik.
“I am gifted. That is why aku bertuah,” Umairah membalas usikan Aina.
“ini first-time tau aku dapat pergi Legoland. Dah lah mahal bukan dapat pergi pun sentiasa,” umairah menyatakansebaik sahaj Sarah selesai urusan membayar tiket masuk ke Legoland.
“Terima kasih tau Sarah. Saya sayang awak sangat-sangat,” sekali lagi tubuh kurus Sarah dipeluk erat. Kemudiannya, tangan kecil Sarah dirangkul kemas lalu Umairah menarik Sarah dan Aina bersama-sama masuk ke dalam Legoland.
#######################
“Bestnya. Hari ni hari yang paling seronok sekali,” Umairah menyatakan.
“Of courselah. Dah ada orang belanja. Engkau tu kalau ada orang ‘suap’ pantang ambil je. Tak reti malu sungguh,” Aina memerli. Umairah berpura-pura mengerling Aina tajam. Perkara perli-memerli ini sudah biasa bagi Aina dan Umairah. Kalau tidak bertekak dalam sehari itu tidak sah. Pantang berjumpa pasti ada sahaja perkara yang dibahaskan.
“Eleh. Kau jealous. Aku asyik jalan dengan Sarah sahaja tadi. Padan muka kau kena tinggal,” Umairah menjelir lidahnya.
“Jelir lidah tu lagi! Biar kena potong padan muka,” Aina cuba mengugut walaupun dia sudah mengetahui yang Umairah tidak akan terasa. Cepat-cepat Umairah menarik muka masam.
“Dia jealous je tu, kan Sarah?” Umairah berpaling ke arah Sarah yang duduk di sebelahnya. Sarah hanya tersenyum manis.
“Ha’ah. Aina tu jealous je,” Sarah turut ikut serta. Suasana di dalam kereta itu bertambah gamat. Gelak ketawa menghiasi hari. Sehinggalah sesuatu yang tidak pernah disangka terjadi......
“thanks Sarah sebab belanja kita hari ni. Aina pun sama gak thanks sebab bawa kita ke tempat
yang sepatutnya, taklah melencong ke mana-mana,” Kata Umairah seusai turun dari kereta Exora milik Aina. Sesambil itu dia sempat mengusik Aina.
“Yela. Aku bukannya jenis melencong macam tu,” Aina membalas usikan tersebut dengan senyuman sinis. Umairah pula hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Dahlah. Nak maghrib dah ni. Baik kau masuk rumah kau cepat. Aku pun nak hantar Sarah ni cepat. Bye Assalamualaikum,” Aina berkata lalu mula membuka enjin kereta.
“Aku cau dulu,” Aina berkata lalu mula beredar membawa Sarah pergi jauh daripada pandangan Umairah. Umairah masuk ke rumahnya tanpa ada sebarang rasa curiga.
##################
“Eh Sarah!. Awak okay ke tidak ni? Awak nak saya hantar ke hospital ke?” Aina mula cuak apabila melihat reaksi Sarah yang seakan-akan keletihan dan tidak bermaya.
“Tak apa,” Sarah tersenyum kelat. Dia cuba untuk menahan sakitnya. Dia tidak mahu orang lain risau akn diri dia yang sakit.
“Hantar saja saya ke rumah saya terus. Mak saya ada di rumah. Dia yang akan jaga saya. Awak tak perlu risau pun,” Sarah cuba menenangkan Aina yang gelabah tidak tentu fasal.
“Serious ni?” Aina bertanya untuk mendapatkan kepastian. Sarah hanya mengangguk kecil.
“Okaylah. If you say so,” Aina tidak mahu memaksa rakannya itu. Dia sudah maklum dengan sifat degil rakannya itu yang suka berahsia.
#####################
Seminggu sudah Sarah menghilang tanpa berita. Umairah mulai risau.
“Mana perginya Sarah ni? Kat rumah dia tak ada. Call tak berangkat. Naik risaulah aku macam ni. Aina pun sama, call tak nak angkat,” Umairah membebel sendiri. Dia berjalan mundar-mandir di dalam biliknya.
“Mana semua orang pergi ni?!” Umairah berteriak. Badannya dihempaskan di atas katilnya. Kemudian dia berpusing-pusing. Mungkin terlalu runsing bagi menyelesaikan masalah yang sering menemui jalan buntu pada akhir penyelesaiannya.
“Persahabatan kita tak akan pernah terputus”
Telefon Umairah berdering. Umairah yang terkejut itu menepuk dadanya sendiri. Dia menghela nafas lega yang dia tidak mengalami sebarang penyakitakibat rasa terkejut yangtdak berapa melampau itu. Cepat-cepat dia berlari ke arah telefon bimbitnya. Lagi sekali, Umairah menarik nafas lega. Orang yang dia tunggu-tunggu akhirnya menghubunginya.
“Assalamualaikum Aina! Wei mana kau orang semua pergi? Penat aku mencari seluruh tempat semata-mata nak cari kau ngan Sarah je, tahu tak?” Umairah membebel panjang. Dia langsung tidak memberi sebarang laluan untuk Aina berkata. Tiba-tiba Umairah berhenti berkata-kata kerana Aina memarahinya. Dia terkedu. Bukan kerana Aina, tetapi kerana berita yang disampaikan oleh Aina. Ia sungguh mengejutkan. Pegangan Umairah tidak mampu lagi untuk bertahan lebih lama. Telefon bimbitnya terjatuh daripada pegangan kemasnya sendiri. Air mata mengalir perlaha-lahan. Perasaan sedih dan terkejut tidak dapat dibendung lagi.
“Umairah? Umairah? Wei kau okay tidak?!” Aina menjerit dari hujung talian. Aina tidak mahu kehilangan lagi seorang rakan baiknya lagi. Dia sudah serik.
“kenapa?!” Umairah berkata dalam tangis. Tubuhnya membongkok memeluk dirinya. Terasa hina akibat tidak terlalu mengambil kisah akan rakannya yang seorang itu. Ketika itu, Umairah teringat akan satu baris ayat yang Aina perkatakan sebentar tadi.
‘Sarah nak jumpa kau buat kali ni je. Ini kali terakhir, wei. Aku minta support kau datanglah kat Hospital Kuala Lumpur ni,’
Ayat itu terus terngiang di dalam telinganya. Umairah terus berdiri. Dia langsung tidak mahu menjawab panggilan Aina yang berkali-kali memanggil namanya tetapi tidak bersahut.
##################
Umairah laju memandu keretanya. Tapi takdelah sampai laju yang melanggar peraturan itu. Emosi Umairah completely terganggu. Dia tidak dapat menahannya lagi. Dia tidak mahu perkara lama berulang kembali. Umairah sudah serik.
Sesampainya Umairah di hospital yang menempatkan Sarah. Dia terus berlari ke seluruh bangunan itu. Mencari bilik yang Sarah duduki seperti panduan yang Aina beritahu sebentar tadi. Umairah langsung tidak menghiraukan orang di sekelilingnya yang menganggap dirinya terlalu drama queen kerana berlari-lari di dalam hospital.
“Sarah!” Umairah menerkah masuk. Di sebelah Sarah terdapat ibu Sarah serta tunang Sarah. Srah mengangkat kepalanya sedikit apabila mendengar namanya dipanggil. Tambahan pula, Sarah sudah maklum suara itu milik siapa.
“Umairah!” Sarah berteriak lemah. Suaranya lemah tidak bermaya serta perlahan sahaja. Sekali lagi, Umairah tidak dapat menahan sebaknya lagi. Air matany jatuh membasahi pipinya yang gebu dan putih itu.
“Mak dan Haiqal keluar dulu ye. Umairah berboraklah dengan Sarah sebentar. Ada sesuatu yang dia mahu beritahu kamu,” ibu Sarah mempelawa. Selepas ibu dan tunang Sarah meninggalkan Umairah berduaan dengan Sarah, barulah Umairah mebuka kata.
“Awak! Kenapa awak sorokkan benda macam ini. Awak kata awak dah sihat. But these? You already stay in hospital and I don’t even know anything. You better explain this,” umairah meluahkan perasaannya. Umairah menarik kerusi di sebelah Sarah lalu dia terus duduk di atas kerusi tersebut. Sarah pula hanya diam membisu.
“please. I want to know why,” Umairah memujuk. Tangan Sarah digenggam kemas. Sarah bangun daripada baringnya dengan payah. Sarah cuba mencapai kotak ungu yang berada di atas meja yang berada di sebelah katilnya. Seusai itu, kotak itu dibuka memperlihatkan segala kertas-kertas yang seolah-olah tidak berguna lagi. Sarah mencapai surat berwarna coklat kekuning-kuningan yang terlipat kemas di dalam kotak itu.
“Surat ini akan terangkan segalanya,” Sarah berkata. Kemudian Sarah baring semula di tempat pembaringannya.
“Saya penat saya nak tidur,” Sarah memberi alasan. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Umairah. Dia tidak mahu melihat rakan baik sejak kecilnya itu menangis di hadapan dirinya.
“Baiklah,” Umairah berkata. Hasratnya tidak mahu mengacau Sarah yang sakit. Setelah melihat Sarah menutup matanya barulah Umairah berlalu pergi daripada bilik itu. Tidak pula dia menyangka akan berlaku lagi satu perkara dahsyat di antara dirinya dan Sarah
#################
Saya nak minta maaf sebab tak beritahu awak lebih awal. Saya tahu awak akan marah saya. Tapi saya tak nak awak risaukan saya sangat jadi saya tak beritahu awak. Saya sebenarnya ada sakit jantung. Dah masuk tahap ke empat dah sekarang ni. Yang tahu benda ni sekarang hanya keluarga saya dan Aina sahaja. Tak ada lagi yang tahu benda ni.
Saya harap awak boleh tunaikan permintaan saya:
1) Saya nak ada dua orang kawan. Agar nanti bila saya pergi awak tak kesunyian ada kawan lain.
2) Saya nak bertunang. Alhamdulillah dah dapat. Nak kahwin tapi rasanya kalau nak timang anak mungkin tak sempat.
3) Saya nak rumah pondok kecil kita tu jadikan perpustakaan kebajikan
4)Saya nak semua harta saya diberikan kepada perpustakaan terseebut intuk ubah suai dan beli buku.
5) Saya nak awak sentiasa ingat saya walau saya dah pergi. Saya harap awak dapat doakan saya sepanjang saya tiada. Kita mungkin tak dapat jumpa selamanya.
Saya minta maaf sangat-sangat. Saya masih lagi sayang awak
Kawan mu,
Sarah…..

Malam itu, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya. Umairah cuba menahan sebak. Umairah reda dengan ketentuan-Nya
“No wonder dia asyik termenung dan senyap sahaj sejak kebelakangan ni,” Umairah berbisik sendiri.
“Insya-Allah, Sarah. Saya akan tunaikan permintaan awak,” Umairah tersenyum dalam tangis.

No comments:

Post a Comment